Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam proses naik taraf padang yang digunakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan menggunakan rumput jenis Hyrid.

Perkembangan itu diumumkan oleh laman sosial rasmi JST dimana ia akan menjadi stadium pertama di Malaysia yang menggunakan padang hybrid.

“Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti kami yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim,” tulis kenyataan rasmi JST.

Langkah itu dibuat kerana pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu kenyataan pada bulan Mei lalu meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti padang yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.

Beberapa buah stadium di Asia juga sudah mula beralih daripada menggunakan rumput asli kepada ‘hybrid grass’ iaitu satu teknologi baharu yang sudah mula mendapat perhatian di seluruh dunia.

Padang jenis Hybrid ini adalah gabungan penggunaan rumput asli dan juga rumput sintetik pada kadar ratio yang sama untuk memaksimakan kelebihan masing-masing.

Rumput jenis ini juga sebenarnya dikenali dengan banyak nama seperti Xtragrass atau pun ‘Reinforce Natural Grass’ dan telah banyak digunakan di negara-negara eropah.

hybrid grass
Gambar diatas menunjukkan secara jelas rupa sebenar gabungan rumput asli dan rumput sintetik.

Untuk melihat lebih jelas bagaimana struktur Hybrid Grass ini ditanam, dengan merujuk gambaran keratan rentas struktur padang dibawah, kita dapat perhatikan bahawa rumput asli ditanam secara berselang-seli dengan rumput sintetik.

Apabila rumput asli telah matang, akarnya akan terus berkembang dan memegang struktur rumput sintetik yang ditanam pada kedalaman sekitar 20cm dari paras tanah. Jarak diantara rumput sintetik ini pula dianggarkan sekitar 2cm setiap satu.

Disamping dapat mengelakkan lagi rumput asli tercabut dengan mudah ia juga mampu untuk mencengkam tanah lebih kuat serta menghalang tanah dari tercabut dan merosakkan permukaan padang.

hybrid grass

Antara kelebihan menggunakan rumput Hybrid berbanding rumput asli atau rumput sintetik ialah:

  1. Mempunyai kondisi yang sama seperti rumput asli 100%
  2. Mempercepatkan proses pemulihan rumput asli yang rosak dengan lebih cepat.
  3. Padang lebih tahan lasak 3 kali ganda
  4. Mengurangkan kos penyelenggaraan dalam tempah jangka masa panjang sehingga 70%.
  5. Ketahanan yang lebih tinggi terhadap perubahan suhu terutama bagi negara 4 musim.

Walaupun mungkin kos pemasangan yang terlibat agak mahal tetapi ia memiliki ketahanan tinggi serta menjimatkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.